Buat julung kalinya, MyCARE bekerjasama dengan ASNB Wakalah Sdn Bhd bagi agihan Dana Manfaat Wakaf ASNB sebanyak RM15,000 menubuhkan Bilik Rawatan & Pengasingan Penyakit Berjangkit untuk warga emas Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.
Menurut Encik Azman Rasman, Pengerusi Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia, bilik rawatan dan pengasingan ini merupakan rancangan yang sangat tepat kerana mereka memerlukan tempat pengasingan warga emas yang baru pulang dari hospital bagi menjamin keselamatan kesihatan ahli-ahli pusat jagaan yang lain.
Difahamkan, penyakit seperti COVID-19 dan penyakit yang berjangkit yang lain pernah menyebabkan keadaan Pusat Jagaan Mahmudah berada dalam keadaan kritikal.
Bilik Rawatan & Pengasingan Penyakit Berjangkit ini telah dirasmikan oleh Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bersama Dr. Ahmad Basri Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah ASNB Wakalah Sdn Bhd serta Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin, Pengerusi MyCARE yang turut disaksikan oleh Dr. Haji Razali bin Othman, Ahli jawatankuasa Wakaf MAIWP dan Tuan Haji Mohiaddin Bahado, Penasihat Pusat Jagaan Mahmudah.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya pihak ASNB Wakalah Sdn Bhd atas jalinan kerjasama ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas