[MyCARExYayasanHasanah] Eco Food Aid di PPR Seri Anggerik

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2021 – Humanitarian Care Malaysia dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.Program Gifts of Smiles COVID-19: Eco-Food Aid telah dilaksanakan di PPR Seri Anggerik.

Sebanyak 100 pek makanan, nutrisi dan kesihatan telah disalurkan kepada 100 buah keluarga. Pek sumbangan ini mengandungi makanan asas dan kesihatan seperti beras, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan, vitamin, pelitup muka, hand sanitiser dan sabun.

Pihak MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Hasanah dan Prihatin atas dana sumbangan serta para sukarelawan MyCARE yang bertungkus-lumus di lapangan. Tidak dilupakan kepada AJK dan komuniti PPR Seri Anggerik yang terlibat dalam menjayakan program ini. Penerima manfaat di sini sangat gembira atas penerimaan sumbangan kerana ianya membantu meringankan beban mereka di musim Perintah Kawalan Pergerakan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali