MyRamadan

PENGENALAN

MyRamadan adalah ‘flagship project’ MyCARE sejak tahun 2011. Projek ini mengambil peluang semangat bersedekah yang tinggi di kalangan umat Islam pada bulan Ramadan.

 

“Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun.” (Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

 

Alhamdulillah, sejak dilancarkan projek ini telah membolehkan MyCARE meluaskan bantuan kepada lebih banyak komuniti yang memerlukan di luar sana. Bermula dengan Palestin, Syria dan Malaysia, projek ini kini turut dilebarkan ke Yaman, Sudan, Eritrea, Afghanistan, Nepal, Myanmar, Kemboja dan Filipina.

 

Untuk tahun 2024, MyCARE mensasarkan kutipan sebanyak RM2.5 juta untuk memberi bantuan kepada 100,000 orang asnaf khususnya anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

SASARAN 2024

RM2.5 juta

Sasaran Kutipan

16 Negara

Palestin, Syria, Lubnan, Turkiye, Yaman, Sudan, Somaliland, Eritrea, Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Filipina, India, Malaysia

100,000

Penerima Manfaat

SASARAN 2024

RM2.5 juta

Sasaran Kutipan

16 Negara

Palestin, Syria, Lubnan, Turkiye, Yaman, Sudan, Somaliland, Eritrea, Afghanistan, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Kemboja,
Filipina, India, Malaysia

100,000

Penerima Manfaat

Bantuan Ramadan Di Gaza, Palestin

Gaza, Palestin

Terdapat lebih 1 juta fakir dan miskin di Gaza. Ayuh bersama kita ringankan beban mereka Ramadan ini.

Bantuan Ramadan Di Kem Pelarian Syria

Turkiye & Syria

Bantuan akan turut disalurkan kepada mangsa gempa bumi baru-baru ini. Ayuh rebut peluang gandaan pahala dengan bersedekah kepada mereka Ramadan ini.

Iftar Perdana bersama anak-anak yatim di malaysia

Malaysia

Bantuan turut diperuntukkan kepada mangsa banjir di Johor baru-baru ini. Ayuh bersama kita kongsi rezeki bersama mereka di bulan barakah.

PAKEJ BANTUAN

Siapa yang memberi makan untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya.

icon-pakej1
icon-pakej2
icon-pakej3

kad Laporan 2021 - 2023

Bagaimana MyCARE uruskan sumbangan Ramadan anda?
Gandakan Pahala, Gandakan Keyakinan

Menguruskan bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik memerlukan perancangan dan gerak-kerja yang teratur. 

 

Dari memilih lokasi dan rakan pelaksana hingga ke pengumpulan dana, pemerolehan, pembungkusan dan penyaluran bantuan, kesemuanya memerlukan penyusunan dan persediaan yang boleh memakan masa berbulan-bulan.

 

Ketahui bagaimana MyCARE menguruskan bantuan kemanusiaan anda pada bulan Ramadan: INFO LANJUT

Mengapa MyCARE? | Sedekah Anda Diaudit

Menguruskan dana sumbangan bernilai jutaan ringgit adalah satu amanah yang sangat berat. Setiap sen akan dipertanggungjawabkan. Kalau bukan oleh pihak berwajib sekalipun, oleh Allah SWT.

 

 

Sejak awal penubuhan, MyCARE telah mengamalkan tadbir-urus kewangan yang telus dan berintegriti. Akaun kami diaudit pada setiap tahun oleh juruaudit luar dan laporan kewangan akan dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

 

Kami pernah diaudit oleh firma dan agensi luar negara seperti BDO dan Financial Action Task Force (FATF) ekoran penglibatan MyCARE sebagai rakan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) dan bantuan kemanusiaan MyCARE ke kawasan konflik seperti Palestin dan Syria.

 

 

Dapatkan ringkasan kewangan MyCARE (2016-2022) di SINI.

DERMA SEKARANG

Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan saat bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.

Ayuh sama-sama kita ringankan beban saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik di 16 negara termasuk Palestin, Syria dan Malaysia puasa Ramadan kali ini.

 

Sama-sama kita kongsi rezeki Ramadan ini agar mereka juga mampu bergembira menyambut Ramadan seperti kita.

 

#RamadanKitaNikmatBersama