[et_pb_section admin_label=”section”][et_pb_row admin_label=”row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]
Krisis kemanusiaan sedunia semakin meruncing. Kebuluran di Yaman telah mencecah angka 462,000 kanak-kanak, sementara di Somalia pula seramai 944,000 kanak-kanak kekurangan zat makanan secukupnya. Ketidakstabilan di Iraq terutama Mosul telah mengakibatkan seramai 330,000 pelarian dalam negara terpaksa keluar dari rumah mereka dan hidup dalam keadaan serba kekurangan. Sementara itu di Gaza bekalan makanan semakin payah untuk diperolehi dan menjejaskan 2 juta penduduk Palestin di penjara paling besar di dunia. Penduduk Syria di beberapa kawasan termasuk Madaya masih lagi hidup dalam kebuluran akibat sekatan yang dilakukan oleh pemerintah. Penderitaan ini juga dirasai oleh ahli keluarga mereka yang diseksa dan dipenjara oleh rejim zionis.
Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, kami mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya merebut peluang beramal di bulan ini meringankan beban saudara kita yang kurang bernasib baik dengan bersama-sama kami di dalam kempen “MyRAMADAN 1438H”.
Bersempena ini, melalui agensi-agensinya Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq, Rose2Rose, dan NICE, MyCARE telah menyusun langkah untuk membantu saudara kita yang kurang bernasib baik di 21 buah negara termasuklah yang terbaru di Somalia, Bangladesh dan Sri Lanka dengan sasaran kutipan dana sebanyak RM5 juta.
Aktiviti-aktiviti kempen:
✅ Imam Palestin: Para hufaz Palestin akan mengimami solat Tarawikh di masjid dan surau sekitar anda. Mereka akan berkongsi isu terkini tentang tanah air mereka, Palestin
✅ Pembela Ummah: Aktivis lapangan MyCARE akan berkongsi pengalaman kemanusiaan dan perkembangan terkini Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya terus kepada anda. Mereka akan berada di syarikat / pejabat kerajaan dan juga masjid / surau di sekitar anda
Pakej Tajaan:
? Makanan (Sahur, Iftar & Pek makanan) – RM100 / unit
? Hadiah Raya – RM50 / unit
Semoga ibadah kita membawa kebahagiaan kepada mereka, “Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”.
Untuk menyumbang, sila klik
ATAU
melalui akaun bank secara deposit dan maklumkan kemasukan ke ramadan@mycare.org.my
CIMB Islamic: 8602-135-592
MaybankIslamic: 5642-5856-0698
Bank Islam: 1209-2010-0349-04
JomPAY (ID: 6197)
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Umum: En Sazlie (018-383 2458, 03-8941 2341, ramadan@mycare.org.my)
Imam Palestin: En Luqman (019-4815584, relations@mycare.org.my)
Pembela Ummah: En Aiman (012-279 9734, aiman@mycare.org.my)
[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]
2 comments
Alhamdulillah. Syukran atas usaha murni ini. Semoga Allah merahmati dan mebantu usaha gigih ini.
Mudah utk menyumbang.
Terima kasih atas sokongan yang diberi. Semoga kita semua memperolehi rahmatNya, insya Allah. Salam Aidilfitri.