Penularan wabak COVID-19 pastinya memberikan satu pengalaman baru buat kita rakyat Malaysia untuk menghadapi bulan Ramadan yang mulia.
Tetapi golongan berpendapatan rendah seperti penjaja, ibu tunggal, OKU, masyarakat orang asli, fakir miskin, gelendangan dan pelarian lebih terkesan rezeki di atas meja makan mereka.
Alhamdulillah. MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia dalam Tabung Kecemasan COVID-19 kepada lebih 2,000 buah keluarga yang memerlukan di tanah air kita.
Namun, bagaimana pula dengan saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Yaman, Iraq dan lain-lain?
Kami teringat seorang ibu tunggal di Gaza hanya mampu memberikan anak-anaknya sebiji kurma untuk berbuka.
Kami teringat anak-anak pelarian Syria ketakutan di bawah terowong hanya menunggu bantuan sampai.
Bagaimana pula anak-anak di Yaman yang telah dilaporkan jutaan kematian akibat kebuluran?
Pada bulan Ramadan ini, entah bagaimana dengan keadaan mereka.
Pastinya keadaan mereka menjadi lebih parah di musim wabak COVID-19 ini.
Justeru itu, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melancarkan kempen MyRamadan 2020 untuk kali ke 10 bagi meringankan beban saudara-saudara kita yang memerlukan di dalam dan luar negara.
Bantuan MyRamadan akan disampaikan kepada lebih 20 buah negara yang memerlukan termasuk di Malaysia.
Sumbangan anda untuk mereka boleh disalurkan mengikut kategori dibawah:
1. Pek Makanan
2. Pek Iftar
3. Pek Sahur
Ayuh menjadi lebih dermawan di bulan Ramadan ini.
Salurkan sumbangan anda di:
http://donate.mycare.org.my/c/myramadan
Dan menjadi lebih prihatin dengan isu kemanusiaan dengan menyebarkan post ini di akaun media sosial anda.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.” (HR Bukhari dan Muslim)
Tempoh Projek: 19 April 2020 – 23 Mei 2020