Satu lagi projek Ramadan/Raya dari MyCARE untuk anak-anak di Gaza.
MyCARE telah memberikan bekalan makanan kepada 300 orang penduduk Gaza yang kemusnahan tempat tinggal di sekitar Bandar Gaza.
Pada masa yang sama, 200 pek juga diedarkan di Rafah yang berisi 2 ekor ayam dan 1kg beras serta 1 liter minyak masak.
Inisiatif ini mendapat tajaan dari Yayasan Buruj yang sentiasa prihatin terhadap saudara-saudara kita di sana.
Tonton video
Alhamdulillah, team kami menyaksikan loretan senyuman walaupun mereka telah lama menghadapi ujian berat peperangan.
Terima kasih kepada Yayasan Buruj atas keprihatinan memeriahkan suasana Ramadan mereka pada tahun ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan
Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja