“Mak mak, tu ada bendera Palestin! Jom kita derma” jerit seorang kanak-kanak dari jauh.
Masya Allah, kagum kami melihat semangat anak kecil ini mahu membantu negara Palestin yang sedang bergolak sekarang ini. Didikan seumpama ini perlu dititikberatkan sejak dari kecil.
Semoga semangat anak kecil ini dapat menjadi semangat buat kami untuk terus menjadi sukarelawan yang sentiasa prihatin akan nasib saudara kita.
Alhamdulillah, seramai lebih kurang 300 orang menyatakan sokongan terhadap kempen ini dengan memberi tandatangan terhadap Placard Palestin yang kami sediakan. Kempen ini telah berlangsung di Station LRT Masjid Jamek baru-baru ini.
Sekalung penghargaan buat mereka yang bermurah hati untuk menderma dalam kempen MyRamadan. Jazakumullah Khairan Kathira.
Tidak dilupakan juga buat pihak Prasarana atas kerjasama yang diberikan kerana memberi kebenaran untuk kami menjalankan program ini.
[Belasungkawa] Ucapan Takziah Atas Pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi
1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke rahmatullah Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada jam 7.10 malam tadi di Institut Jantung