Penyaluran kempen MyRamadan 2022 diteruskan dengan pemberian hadiah raya kepada 710 orang anak-anak yatim di Gaza.
Penyaluran ini dilaksanakan pada April 2022 dengan kerjasama Salam Society for Relief & Development dan Takaful.
Hadiah raya ini disalurkan kepada anak-anak yatim dalam lingkungan 2 sehingga 20 tahun. Mereka dibenarkan untuk memilih barangan yang mereka inginkan di 4 buah kedai terpilih.
Alhamdulillah. Para penerima manfaat sangat gembira dan bersyukur atas sumbangan yang anda berikan.
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang kempen MyRamadan 2022.
Teruskan menyumbang di:
mycare.qrd.by/myramadan
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat