Sempena bulan Ramadan ini, MyCARE telah menyalurkan sumbangan makanan kering ke pusat-pusat kebajikan seperti berikut.
1. Sumbangan 12 pek mi kering, 4 kotak jus Aroma dan 1 kotak coklat Torku kepada Rumah Bakti Al Kausar, Seksyen 4 Tambahan, Bangi yang menaungi 24 orang anak yatim dan asnaf
2. Sumbangan 12 pek mi, 4 dozen jus Aroma serta coklat Torku buat 25 penghuni Rumah Bakti Nur Aini, Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
3. Sumbangan 13 pek mi, 3 dozen jus Aroma dan 1 kotak coklat Torku untuk manfaat 75 penghuni rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan, Kajang
*Nota : gambar bangunan tiada kerana proses renovasi
Ayuh kita kejar Ramadan yang penuh keberkatan.
“KITA JAGA KITA” dan KUMPUL PAHALA. Salurkan sedekah anda untuk mereka di:
https://mycare.qrd.by/myramadan
Suka untuk kami kongsikan pengurusan sumbangan anda melalui MyCARE diuruskan dengan amanah. Kami diaudit oleh top 5 firma terbaik antarabangsa iaitu firma BDO serta laporan kewangan boleh didapatkan di SSM setiap tahun.
Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand
Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada