Sukarelawan paramedik yang lincah menyelamatkan mangsa tembakan peluru-peluru ganas Israel, rupa-rupanya tidak mengenal sesiapa jua.
Dalam kelincahamu dan kesungguhanmu menyelamat para mangsa serangan tak berprikemanusiaan Zionis laknatullah itu, sebuah peluru meluru tepat di dadamu menembusi jaket lapisan hadapan dan belakang.
Innalillahi wa innailaihi rojiun….!!!
Kau rebah ke bumi di sempadan Gaza. Berlumuran darah seluruh badanmu. Kau penyelamat mangsa, ini kau pula menjadi mangsa oleh tangan-tangan jijik Zionis.
Begitulah cerita dari mulut ibumu sendiri untuk ku kongsikan kepada rakyat Malaysia dan khusunya para sukarelawan. Kau menjadi Syuhada’ dalam gerakan perjuang menuntut pengambalian semula tanah milik umat.
Tentunya ibumu akan terasa kehilanganmu di pagi Eidul Fitri ini … namun kamu hadir sepanjang zaman menjadi inspirasi generasi muda penerus perjuangan
[Khanyounis, selatan Gaza: 10 Jun 2018]
Qurban Paling Murah!
Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan