[PalestinDiserang] Air mineral untuk Gaza

Alhamdulillah! Delegasi MyCARE yang diwakili oleh Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta dan Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf ketika ini yang berada di bandar 10th Ramadan, Mesir bagi meninjau proses mengeluar dan penghantaran air mineral ke Gaza.

 

Sebanyak 31,680 botol air mineral 600ml akan memasuki Gaza dalam masa terdekat.

 

Akhbar Guardian melaporkan 95% penduduk Gaza kekurangan bekalan air bersih yang boleh membawa kepada krisis kesihatan. Air adalah keperluan asas untuk semua perkara; makan-minum dan perubatan.

 


 

 

 

 

Dalam usaha mendapatkan bekalan air minuman bersih dalam kuantiti yang banyak untuk dihantar terus ke Gaza, pihak MyCARE mendapatkan dari pengeluar dan bukan pembekal. Bukan sahaja untuk memperoleh harga yang lebih rendah, bahkan juga untuk memastikan bekalan yang tidak putus.

 

Sehingga kini, MyCARE telah menyalurkan RM2.6 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk bekalan air bersih, perubatan, pek makanan, makanan panas, selimut dan set comforter.

 

Teruskan menyumbang di :

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi