BANTUAN KETIGA!
Alhamdulillah, bantuan anda telah selamatkan kami sampaikan.
Kali ini penerima adalah dari Keluarga al-Shamallakh. Keluarga ini merupakan salah satu keluarga yang menjadi mangsa serangan rejim Israel baru-baru ini.
Kediaman mereka musnah sepenuhnya. Bangunan yang mereka tinggal mempunyai 4 buah flat. Akibatnya, 22 orang penghuni hilang tempat berteduh dan menjadi sehelai sepinggang dalam sekelip mata.
Pasukan MyCARE Gaza telah menziarahi keluarga ini untuk menyemak keperluan mereka yang belum dipenuhi. Mereka memohon bantuan pakaian.
Justeru, pasukan MyCARE telah menyewa sebuah bas dan membawa mereka sekeluarga untuk membeli terus dari kedai pakaian.
2 pasang pakaian (t-shirt dan seluar) untuk lelaki
2 helai tudung dan sepasang jubah untuk perempuan
Mereka bebas memilih pakaian yang mereka mahu. Ini sedikit kebebasan yang dapat kita berikan kepada mereka yang telah menjadi mangsa kepungan dan sekatan ekonomi oleh rejim Israel sejak tahun 2007.
*****
Bersama kita ringankan beban mereka melalui Tabung Palestin Diserang.
Untuk menyumbang, salurkan ke » mycare.qrd.by/palestin
atau
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: PalestinDiserang
Hantar bukti pembayaran [yang dilakukan melalui akaun bank sahaja] ke:
No tel: http://wasap.my/60389412341
Emel: campaign@mycare.org.my
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.