[PalestinDiserang] Hidangan panas untuk pelarian Palestin

Alhamdulillah, MyCARE telah berjaya mengagihkan 300 hidangan panas kepada para pelarian di Friendship Shelter Camps 1 dan 2 di Kem Pelarian An-Nuseirat, serta keluarga miskin di Governorat Tengah.

 

Setiap hidangan mengandungi 500g nasi berkualiti tinggi dan setengah ekor ayam dengan berat purata 1.5 kg.

 

Projek ini dibiayai oleh Yayasan Buruj dan dilaksanakan oleh pejabat MyCARE Gaza.

 

Jumlah keseluruhan penerima manfaat adalah seramai 900 orang, dan kesemua mereka mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Malaysia dari lubuk hati mereka.

 


 

 

 

 

 

 

 

Situasi di Gaza sangat menyayat hati, dengan ramai yang kehilangan tempat tinggal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.

 

Pelarian dan keluarga miskin yang menerima hidangan ini menunjukkan wajah kegembiraan dan kesyukuran di sebalik kesusahan yang mereka alami. Melalui usaha berterusan seperti ini, MyCARE bersama Yayasan Buruj komited untuk membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

Mari kita terus bersama-sama memberi sokongan dan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza.

 

 

Setiap sumbangan anda sangat bermakna dalam membawa harapan dan senyuman kepada mereka yang sedang melalui waktu yang sangat mencabar ini.

 

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember