[PalestinDiserang] Laporan Pakej Tin ke Gaza

Alhamdulillah, dalam keberkatan Aidiladha yang lalu, MyCARE berjaya melaksanakan Projek MyQurbani dengan penuh kesyukuran.

 

Dengan kaedah yang lebih praktikal, MyCARE menggunakan kaedah pakej tin untuk memastikan bekalan makanan ini sampai ke Gaza. Kaedah ini membolehkan daging bertahan selama 24 bulan pada suhu di bawah 50°C, memastikan ia selamat dan tahan lama untuk dimanfaatkan oleh mereka yang memerlukan.

 

Maklumat Projek:

 

– Jumlah keseluruhan: 27,300 tin
– Lokasi agihan: Utara Gaza

 

– Jumlah penerima: Setiap keluarga menerima kira-kira 15 tin daging. Sebanyak 1,820 keluarga telah menerima bantuan ini, yang bersamaan dengan 9,100 penerima secara keseluruhan

 

– Bantuan tambahan: Selain pengagihan tin, rakan pelaksana Al-Khair turut menyediakan hidangan masakan panas yang dimasak daripada daging qurban bersama nasi, dan seterusnya mengagihkan hidangan ini kepada penduduk setempat yang terjejas

 


 

 

 

 

 

 

 

Daging qurban untuk projek ini disembelih semasa Hari Raya Aidiladha di India. Selepas disembelih, daging tersebut diproses menjadi ketulan-ketulan besar sebelum dihantar melalui kapal ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk ditinkan.

 

Daging-daging tin ini telah memasuki Gaza pada bulan ini, September. Proses ini bukan sahaja memastikan daging qurban dapat dihantar dengan selamat, tetapi juga memastikan ia dapat disimpan dan dimanfaatkan dalam jangka masa panjang.

 

Firman Allah SWT:

 

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan. (Sambil berkata), ‘Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharapkan balasan dan tidak pula (ucapan) terima kasih dari kamu.’”
(Surah Al-Insan, 76:8-9)

 

Firman ini mengingatkan kita tentang keikhlasan dalam memberikan bantuan. Projek ini bukan sekadar pengagihan daging qurban, tetapi lambang kasih sayang dan solidariti kita kepada saudara-saudara di Gaza yang terkesan dengan pelbagai ujian. Dalam keadaan serba kekurangan, bantuan ini menjadi rahmat besar buat mereka.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di sebalik setiap tin daging yang diterima, ada senyuman kegembiraan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga daripada keluarga-keluarga di Gaza.

 

Daging qurban yang sebelum ini mungkin hanya impian bagi sesetengah mereka, kini menjadi hidangan yang boleh dinikmati bersama keluarga.

 

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menyokong Projek MyQurbani ini.

 

Semoga usaha kita ini terus memberi manfaat dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.

 

Marilah kita teruskan komitmen ini, agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan, di mana sahaja mereka berada.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember