[PalestinDiserang] Laporan Projek Sedekah Daging (Fasa 2)

Alhamdulillah, dalam saat-saat yang penuh dengan cabaran ini, MyCARE Gaza berjaya menyempurnakan agihan 800 ekor ayam beku kepada mereka yang amat memerlukan. Di tengah-tengah keperitan hidup akibat penindasan yang berterusan, sedikit bantuan ini membawa sinar harapan kepada mereka.

 

Ayam-ayam ini telah diagihkan kepada:

 

1. Pelarian dan individu yang dipindahkan yang berteduh di kem MyCARE, yang mana mereka kehilangan segala-galanya.
2. Kakitangan Universiti Islam Gaza (IUG), yang tidak pernah lelah mendidik walaupun mereka sendiri sering berhadapan dengan kesukaran.
3. Pelarian dan individu yang dipindahkan di Sekolah Al-Ezz bin Abdul Salam, yang mencari perlindungan dan pendidikan walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
4. Kakitangan, pesakit, dan warga emas di Hospital Al-Wafa, yang berjuang antara hidup dan mati setiap hari.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap keluarga telah menerima satu atau dua ekor ayam, bergantung kepada bilangan ahli keluarga.

 

Berat purata ayam ini adalah antara 1.5 hingga 2 kg, suatu yang mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah kita, tetapi menjadi anugerah yang tidak ternilai bagi mereka. Projek Sedekah Daging (Fasa 2) ini benar-benar memberi kesan mendalam kerana ayam adalah satu kemewahan yang hampir mustahil untuk dinikmati oleh kebanyakan mereka dengan harga sekitar RM 30 per kg.

 

Secara keseluruhan, 800 buah keluarga dengan purata enam orang ahli keluarga telah menerima bantuan ini dengan hati yang penuh syukur. Di sebalik wajah-wajah letih dan penuh kedukaan itu, terpancar sedikit senyuman, tanda kesyukuran atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui MyCARE.

 

Kanak-kanak yang selama ini hanya mengenal kelaparan, akhirnya dapat merasa sedikit kenyang, dan warga emas yang telah lama menderita, mendapat sedikit kelegaan.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Namun, bantuan ini hanyalah setitis air dalam lautan penderitaan mereka. Dengan segala kepedihan yang mereka lalui, marilah kita teruskan usaha ini, agar setiap sumbangan kita menjadi pengubat luka dan memberi mereka kekuatan untuk bertahan.

 

Semoga Allah memberkati usaha ini dan terus memberikan kita kekuatan untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam apa jua cara yang kita mampu.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bulan Anak Yatim MyCARE 2025

Ramadan Kareem buat semua yang sentiasa dan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan MyCARE.   Setiap tahun, Bulan Anak Yatim (BAY) MyCARE akan dijalankan untuk memberi peluang

MyCARE X Econsave agih air minum

MyCARE dengan kerjasama Islamic Society of Beit Lahia dan sokongan pembiayaan daripada Econsave telah berjaya melaksanakan Projek Pengagihan Air Minum di kawasan Beit Lahia, Gaza.

Projek Pemulihan Telaga Air – Fasa 2

MyCARE Gaza dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan sokongan Media Prima telah berjaya membuat pemulihan Telaga Al-Intisar, yang kini memberikan akses air bersih kepada lebih

[MyRamadan Gaza] Hari ke-4 misi

Delegasi MyCARE berkesempatan menziarahi Rakan Kerjasama MyCARE di Mesir iaitu Medics Worldwide.   Tujuan ziarah ini bagi melihat dan membuat penilaian-audit rakan perlaksana bagi bantuan