[PalestinDiserang] MyCARE salur bantuan bernilai USD50,000

Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad M Shehada melaporkan keadaan di Gaza semakin kritikal. Menurut beliau, jumlah syuhada’ sehari mencecah seramai 200-300 orang. “Di sini berlaku lebih 2,300 kematian dan kecederaan melebihi 4,000 orang akibat serangan Zionis Israel.”
 
Menurut beliau lagi, sebuah rumah kini menempatkan seramai 60-70 orang, dan boleh mencecah 100 orang kerana mereka berpindah ke satu tempat ke tempat yang lain untuk berlindung. Situasi penduduk di Gaza semakin meruncing dengan sekatan untuk mendapatkan bekalan air bersih dan makanan yang tidak mencukupi.
 

 

 

 

 

 
“Penduduk Gaza terpaksa beratur sepanjang 1 kilometer bagi mendapatkan bekalan makanan.” “Anak saya sendiri beratur selama 3 jam dan hanya diberikan sekeping roti. Kami hanya makan sehari sekali, ini juga bagi mengelakkan penggunaan air yang banyak. Beginilah keadaan penduduk di Gaza keseluruhanya.”
 
“Saya dan keluarga juga minum bekalan air yang kotor kerana tidak mmepunyai pilihan lain. Anak lelaki saya menghadapi masalah buah pinggang dan memerlukan bekalan air yang bersih.”
 
Terkini, MyCARE telah menyalurkan bantuan fasa pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan. Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza, kira-kira 800 pesakit menerima bantuan perubatan tersebut. Bantuan perubatan itu terdiri daripada ubat ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa, dan kit pertolongan cemas.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Tambahan, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk Gaza yang kemusnahan tempat tinggal dan berlindung diri. Bantuan setakat ini diedarkan di Beit Lahiya di utara Gaza. Menurut Ziad, selepas konflik ini berakhir penduduk Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia terutamanya bekalan asas bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.
 
Kami menyeru kepada semua untuk terus membantu saudara-saudara kita di Gaza:
http://mycare.qrd.by/palestin

 
atau
 
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic 8602 135 592
 
Sila hantarkan maklumat ke email account@mycare.org.my
atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.