[PalestinDiserang] MyCARE X CHNS X Al-Khair Foundation

MyCARE bersama CHNS (Council of Humanitarian Network of Sheikul Islam, Thailand) dan Al-Khair Foundation telah melaksanakan aktiviti pembungkusan 640 buah pek makanan di gudang Al-Khair Foundation di Zarqa, Jordan. Pek makanan ini akan dihantar ke Gaza melalui laluan Zikim untuk membantu keluarga-keluarga yang terjejas akibat konflik berpanjangan.

 

Setiap pek makanan mengandungi barangan keperluan asas yang penting untuk menyokong kehidupan harian keluarga di Gaza. Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memberikan kelegaan kepada mereka yang memerlukan dan membawa sedikit harapan dalam keadaan yang sukar.

 


 

 

 

 

 

 

CHNS telah menaja sepenuhnya pek makanan ini, sementara MyCARE dan Al-Khair Foundation menguruskan pengurusan serta penghantaran bantuan sehingga sampai ke tangan penerima. Usaha ini melambangkan solidariti antarabangsa dan keprihatinan global terhadap mereka yang sedang berdepan kesusahan.

 

Terima kasih kepada CHNS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Setiap bantuan yang diberikan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Bersama-sama, kita mampu meringankan beban mereka di Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini