[PalestinDiserang] MyCARE x Econsave – Water for Life

Dengan kerjasama bersama Econsave, MyCARE telah memulakan projek Water for Life di Gaza yang berlangsung dari Julai sehingga Ogos.

 

Air bersih sedang diedarkan kepada pelarian di kem dan sekolah. Setiap hari, antara 4,000 hingga 8,000 liter air minuman diagihkan dengan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM21,000.

 

Penerima manfaat sebanyak 7,000 buah keluarga dengan purata 6 ahli setiap keluarga. Jumlah anggaran keseluruhan adalah 42,000 orang.

 

Krisis air minuman adalah salah satu daripada banyak krisis yang dihadapi oleh penduduk Gaza akibat kerana kekurangan loji penyahgaraman (desalination), gangguan bekalan elektrik, dan kekurangan bahan api untuk penjana.

 

Keadaan ini telah menyebabkan harga air meningkat lebih daripada 5 ringgit seliter.

 

Sebelum ini, kita boleh lihat penduduk Gaza termasuk kanak-kanak pergi ke tempat yang jauh dan membawa botol seberat kira-kira 20 liter air untuk keluarga mereka setiap hari.

 

Melalui projek ini, keadaan telah menjadi lebih mudah. Kanak-kanak dan wanita boleh mengisi air yang mereka perlukan setiap hari, walaupun ada keluarga yang tidak mempunyai botol untuk mengisi air.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Walaupun barisan yang menunggu untuk mengisi air agak panjang, semua orang akhirnya dapat mengisi botol mereka dan kembali dengan gembira ke khemah masing-masing.

 

Lokasi pengagihan meliputi 4 kem pelarian dan 2 sekolah di kem pelarian An-Nusairat:

 

-Friendship Shelter Camps 1
-Friendship Shelter Camps 2
-Friendship Shelter Camps 3
-Friendship Shelter Camps 4
-Mamdouh Saidam School
-Masqat Secondary School

 

Projek ini sangat penting kerana ia memastikan kesihatan dan kebersihan serta air bersih adalah keperluan asas dan hak bagi setiap manusia. Ia boleh mencegah penyakit, dehidrasi, dan masalah kesihatan lain.

 

Terima kasih Econsave!

 

Ayuh teruskan menderma di:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember