[PalestinDiserang] Sistem Solar Untuk Mengepam Air

Di tengah kemusnahan dan penderitaan yang tidak berkesudahan di Gaza, masih ada sinar harapan yang muncul.

 

Alhamdulillah, MyCARE Gaza dengan sokongan daripada Econsave telah berjaya memasang sistem tenaga solar berkapasiti 5 kilowatt untuk menggerakkan pam air berkuasa 3-horsepower di Kem An-Nuseirat.

 

Ia akan memberi akses kepada air bersih kepada kira-kira 5,000 penduduk yang sekian lama menantikan bantuan.

 

Bagi ramai keluarga di Gaza, air bersih bukanlah satu kemewahan, tetapi satu keperluan asas yang kian sukar diperoleh. Dalam keadaan di mana serangan berterusan telah memusnahkan infrastruktur, telaga ini menjadi satu-satunya sumber air yang dapat memberi kelegaan kepada ribuan penduduk di kem.

 


 

 

 

 

 

Air yang dipam dari telaga ini akan disalurkan ke rangkaian air perbandaran, membolehkan air bersih mengalir ke setiap rumah yang saban hari menanti dengan penuh harapan.

 

Tambahan pula, ia juga menyediakan air bagi orang awam yang datang dengan botol kosong, untuk mengisi keperluan air keluarga mereka.

 

Bayangkan ibu-ibu yang berjalan jauh, membawa botol dan baldi, dengan harapan dapat mengisi air bersih untuk anak-anak mereka. Bayangkan kanak-kanak yang akhirnya dapat minum tanpa rasa takut akan penyakit yang berpunca daripada air kotor.

 


 

 

 

 

Setiap titisan air yang kini mengalir adalah anugerah, dan setiap pam yang berfungsi adalah bukti bahawa harapan masih ada, walaupun di tengah kehancuran.

 

Projek ini bukan sahaja menyediakan air, tetapi juga membawa sinar harapan di tengah-tengah kekelaman Gaza. Di mana kemusnahan berlaku, kita bangunkan semula kehidupan.

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Econsave atas sokongan yang membawa perubahan besar ini.

 

Terima kasih juga kepada orang ramai yang telah menyumbang ke tabung kecemasan Gaza.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember