Sistem penjagaan kesihatan di Gaza sedang kritika akibat serangan berterusan yang telah merosakkan infrastruktur penting, termasuk kemudahan perubatan.
Hospital seperti Al Mamdani Hospital dibanjiri dengan mangsa dan menghadapi kekurangan bekalan perubatan dan peralatan yang sangat kritikal.
Projek Agihan Bantuan Perubatan telah memberikan impak yang signifikan kepada kehidupan individu yang kurang upaya dan yang cedera di Gaza. Antara yang diagihkan adalah 80 topang ketiak, 100 pek pampers dan 48 set ubat-ubatan.
Alhamdulillah, projek ini telah mengurangkan sebahagian beban Al Mamdani Hospital, membolehkan mereka menguruskan kemasukan pesakit dengan lebih baik.
Selain itu, bantuan ini juga memberikan kelegaan segera kepada yang cedera dan orang kurang upaya, meningkatkan kualiti hidup mereka secara keseluruhan.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran, “Barangsiapa yang memberikan kemudahan bagi orang yang sedang kesulitan, Allah akan memberinya kemudahan di dunia dan akhirat.” (Surah At-Talaq, Ayat 7).
Mari kita teruskan usaha ini dan bersama-sama membantu meringankan penderitaan mereka yang terjejas di Gaza.