Palu ke Donggala Utara

Misi MyCARE ke Donggala Utara menjalankan proses Datim (Data dan Informasi) bersama rakan NGO disini iaitu PKPU di Desa Oti, 73 km dari Bandar Palu. Kami melalui kawasan pantai sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam.Kawasan Mambaro, Labuan habis musnah di akibat gempa dan tsunami.
Kelihatan masih ramai yang mencari-cari sesuatu di bawah runtuhan. Ada kapal nelayan yang dibawa sejauh 1km ke darat, bau hanyir dan dikatakan bau mayat yang masih tertimbus juga masih kuat. Kami dimaklumkan angka sebenar korban akan meningkat sehingga 40,000 atau lebih kerana ada tempat yang kampung itu seperti ditelan bumi 20 meter ke bawah tanah.


Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Kebanyakan penduduk di sini akan tidur di luar rumah dan di kem pengunsi kerana masih trauma dan khuatir akan berlaku lagi gegaran. Selama hampir 2 hari kami disini, kami merasai lebih 5 gegaran dan paling tinggi dicatatkan adalah 5.2 skala Richter.
Doakan keselamatan kami dan keselamatan penduduk Sulawesi.
Teruskan menyumbang ke Tabung Gempa Tsunami Sulawesi di sini:
www.billplz.com/tsunamisulawesi
Aiman Khairul Azzam
Ahli Misi MyCARE ke Sulwesi

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di

Jom Tunaikan Zakat Melalui MyCARE

Seperti mana yang kita sedia maklum Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merupakan Ejen Perunding Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2022.Oleh itu MyCARE ingin mengajak