Menjadi bangsa yang tak diiktiraf menjadikan kehidupan komuniti Rohingya sangat sukar. Keperluan asas sangat sukar untuk di dapatkan bagi komuniti Rohingya.
MyCARE dengan sumbangan dari rakyat Malaysia sentiasa peka dan prihatin terhadap saudara-saudara Rohingya kita. Pek makanan telah disalurkan kepada komuniti Rohingya di Rathedaung (kawasan yang terkena bencana tahun lepas), Kyaukphyu, Pauktaw dan kem pelarian di Sittwe.
Kami bercadang untuk menyalurkan sumbangan kepada komuniti Rohingya di Myebon tetapi tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Sebelum ini, MyCARE telah mengadakan Iftar Perdana untuk komuniti Rohingya di kem Jomtaly (Cox’s Bazaar), Kyauk Taw (Arakan), dan penyaluran pek makanan di Kutupalong (Cox’s Bazaar).
Nusantara Care, agensi kemanusiaan di bawah MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para dermawan yang telah menyumbang ke tabung MyRamadan 1439H. Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh hulurkan bantuan anda di https://www.billplz.com/myramadan
Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan ke emel:
myramadan@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282.
Reference: myramadan
Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki, insya Allah. Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim
“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”
Bakul Makanan Gaza
Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang