Pek Makanan Ramadan untuk pelarian di Malaysia

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa
Jangan kau terlepas talinya

Selamat malam Rohingya
Meski lena mu di sisi mayat
Jangan menangis sahabat
Ini Tuhan mengujimu

Selamat malam Rohingya
Dunia sedang tidur lena
Kami doakan untuk mu
Sejahteralah selalu

Selamat malam Rohingya
Esok kan ada matahari
Berbanyaklah berdoa…

Lirik lagu nyanyian oleh Syed Amran Al-Yahya ini menggambarkan suka duka kehidupan pelarian Rohingya yang masih berlaku hingga ke hari ini.

Alhamdulillah, para penyumbang yang prihatin dengan ujian yang terpaksa dilalui oleh para pelarian Rohingya yang terdapat di Malaysia telah menyumbang untuk Pek Makanan Ramadan melalui MyCARE.

MyCARE telah melaksanakan amanah dari rakyat Malaysia dengan melakukan agihan awal kepada masyarakat Rohingya di Sungai Buloh, Puchong, Meru, Seri Kembangan dan Taman Bamboo, Jalan Ipoh.

Gambar-gambar lain di album MyCARE

Agihan kali ini adalah untuk 150 keluarga yang terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf.

Pek Makanan Ramadan untuk Rohingya mengandungi beras (10 kg), tepung (1 kg), serbuk kunyit (1 pek), garam (1 pek), gula (2 kg), kicap (1 botol), minyak masak (1 liter), telur ( 1 papan), bawang (2kg), kentang (2kg), kacang dhal (2kg) dan teh (1 pek)

Untuk para dermawan yang ingin mendapat keberkatan dan pahala Ramadan yang berlipat ganda dalam bab sedekah, boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan anda ke Tabung MyRamadan melakui kaedah berikut;

https://donate.mycare.org.my/c/myramadan

Semoga ada sinar kegembiraan buat mereka di bulan Ramadan dan di musim COVID-19 ini.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali

Bakul Makanan Gaza

Setiap hari, ribuan keluarga di Gaza berdepan dengan kelaparan dan kekurangan makanan akibat gangguan bekalan makanan. Dengan hanya RM200, anda dapat menyediakan pek makanan yang

Bantuan khemah untuk rakyat Gaza

Di Gaza, ribuan keluarga kini hidup dalam kerumitan selepas rumah mereka musnah akibat serangan yang berterusan. Dalam keadaan ini, tempat berlindung adalah keperluan paling mendesak.

Tabung Pemulihan Gaza

Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas