Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal baru-baru ini.
MyCARE Johor yang diketuai oleh Cikgu Rozi Abdul Ghani dengan dibantu oleh AJK MyCARE Johor serta beberapa orang sukarelawan telah menyampaikan sumbangan berbentuk bahan mentah untuk dimanfaatkan oleh setiap keluarga yang terlibat dan memerlukan bantuan.
Ustaz Aziz selaku ketua komuniti telah menerima sejumlah 70 buah pek bingkisan sumbangan untuk diagihkan kepada mangsa banjir dari kalangan komuniti Rohingya yang terlibat.




Encik Anis selaku wakil komuniti Rohingya di sekitar Taman Tun Aminah telah menerima sejumlah 10 buah pek sumbangan untuk komuniti Rohingya di sekitar Tun Aminah menjelang Aidilfitri pada kali ini.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang budiman. Semoga Allah SWT ganjari anda semua dengan sebaik-baik ganjaran.
MyCARE
“Nurturing Humanity Making A Difference.”