Pek makanan untuk Marawi

Bandar Marawi pernah menggemparkan dunia dengan konflik serangan terrorisme yang dikenali sebagai Battle of Marawi.

Konflik ini berpanjangan selama 5 bulan bermula pada 23 Mei sehingga 23 Oktober 2017.

Krisis ini menyebabkan 87 orang awam terbunuh manakala 3,152 bangunan dan perumahan musnah sepenuhnya dan 2,145 musnah sebahagian.

Seramai 200,000 penduduk Marawi ditempatkan di penempatan sementara (IDP).

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengambil inisiatif untuk membantu penduduk Marawi dengan menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia berupa pek makanan bagi meringankan beban serta memudahkan bulan Ramadan mereka.

JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan tahun ini.

Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita memerlukan bantuan. Jom bersama kami membantu mereka!

Ayuh hulurkan bantuan anda di
https://mycareproject.org/myramadan/ https://mycareproject.org/myramadan/

Atau salurkan sumbangan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592

Maklumkan melalui email ke myramadan@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-3832458 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Iftar/Sahur’ atau ‘Hadiah Raya’

Semoga Allah merahmati para penyumbang sekeluarga dan melipat gandakan rezeki insyaAllah.

Semoga gandaan pahala di bulan Ramadan ini menguntungkan kita di akhirat kelak.

“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”

– HR Bukhari dan Muslim

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bulan Anak Yatim MyCARE 2025

Ramadan Kareem buat semua yang sentiasa dan terus menyokong usaha-usaha kemanusiaan MyCARE.   Setiap tahun, Bulan Anak Yatim (BAY) MyCARE akan dijalankan untuk memberi peluang

MyCARE X Econsave agih air minum

MyCARE dengan kerjasama Islamic Society of Beit Lahia dan sokongan pembiayaan daripada Econsave telah berjaya melaksanakan Projek Pengagihan Air Minum di kawasan Beit Lahia, Gaza.

Projek Pemulihan Telaga Air – Fasa 2

MyCARE Gaza dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan sokongan Media Prima telah berjaya membuat pemulihan Telaga Al-Intisar, yang kini memberikan akses air bersih kepada lebih

[MyRamadan Gaza] Hari ke-4 misi

Delegasi MyCARE berkesempatan menziarahi Rakan Kerjasama MyCARE di Mesir iaitu Medics Worldwide.   Tujuan ziarah ini bagi melihat dan membuat penilaian-audit rakan perlaksana bagi bantuan