SRI KEMBANGAN, 4 Feb 2017 – Program ‘Tangisan di Bumi Rohingya’ anjuran pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah berlangsung dengan jayanya. Hasil dari kutipan sumbangan program ini telah diberikan kepada MyCARE melalui Tabung Kecemasan Rohingya yang masih lagi berjalan. Wakil yang juga pengarah program saudara Salman telah menyerahkan wang sumbangan tersebut.
Lagi gambar-gambar di FB Nusantara Care
Jutaan terima kasih juga kerana telah menjemput wakil dari MyCARE En. Abdul Hafidz Hashim, Pengurus Kanan MyCARE sebagai ahli panel bersama selebriti undangan, Fynn Jamal untuk menjayakan Forum Tangisan di Bumi Rohingya.
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.