Pelayaran Memecah Kepungan Zionis

Pada 18 April 2024 satu misi pelayaran kemanusiaan ke Gaza telah dirancang oleh Freedom Flotilla Coalition (FFC). Misi ini bertujuan untuk mencabar sekatan haram Israel ke atas bumi Gaza dan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk 8 buah ambulans.

Seramai 20 orang rakyat Malaysia telah terpilih menyertai 1,000 orang sukarelawan dari seluruh dunia untuk bersama dalam misi pelayaran ini. Salah seorang dari mereka ialah Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha yang merupakan Pengerusi MyCARE.

Sempena MyCARE Road Tour 2.0 MyCARE dengan kerjasama Pusat Islam Sultan Mahmud UMT akan membawa Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustapha datang ke Terengganu untuk berkongsi pengalaman beliau sebagai salah seorang ahli Misi Break the Seige of Gaza.

Kami ingin menjemput semua yang berkelapangan untuk sama-sama hadir mendengar sendiri perkongsian dari beliau. Berikut adalah makluman mengenai progam ini:

16 Ogos 2024 (Jumaat)
10.00 pagi
Studio Al-Quran, Pusat Islam Sultan Mahmud UMT

Jangan lupa untuk sebar-sebarkan kepada yang lain agar lebih ramai yang akan beroleh manafaat dari program ini.

Jangan pernah berhenti bercakap tentang Palestin!

Bebaskan Palestin!

One comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

Sumbangan untuk mangsa banjir Johor

Sejumlah 44 buah set toto telah diserahkan kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru untuk diagihkan kepada murid-murid dari SK Kangkar Tebrau yang terkesan