SEPANG, 11 Sep 2016 – Pada malam raya Aidiladha, sebuah majlis ringkas pelepasan ahli misi Women’s Boat to Gaza (WBG) dijalankan.
Dua orang ahli misi, iaitu Dr. Fauziah Hasan selaku doktor perubatan bagi kedua-dua kapal ahli WBG dan Puan Norsham Abu Bakar, ahli misi kapal WBG diraikan bersama-sama dengan para aktivis dan sukarelawan yang hadir lebih awal untuk berbuka puasa.
Kedua-dua ahli misi akan menuju ke Barcelona bagi menghadiri mesyurat pertama yang mengumpulkan ahli misi dari serata dunia, menghadiri taklimat dan beberapa siri bengkel yang telah ditetapkan oleh penganjur Women’s Boat to Gaza, iaitu Freedom Flotilla Coalition.
Penerbangan Dr.Fauziah diiringi suami tercinta iaitu Prof. Alauddin telah bertolak pada pukul 11 malam tadi, manakala Puan Norsham akan ditemani anakanda beliau Dr.Maryam pada awal pagi raya Aidil adha.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kami ucapkan terlebih dahulu, terima kasih kepada para wartawan dan rakan media yang hadir bagi menyemarakkan lagi solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin. Terima kasih juga kepada warga kakitangan, aktivis dan sukarelawan yang mendoakan misi ini mencapai objektifnya.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat