Penajaan Anak Yatim Iraq

Konflik bersenjata perang Iraq bermula pada tahun 2003 dengan serangan ke atas Iraq oleh gabungan kuasa beberapa negara sekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat bagi menamatkan pemerintahan Saddam Hussein.
Setelah itu mereka mengadakan pilihan raya yang menyaksikan Nouri al-Maliki menjadi Perdana Menteri Iraq.
Dunia menyaksikan lagi kekejaman pemerintah Iraq apabila puak Sunni didiskriminasi dan ditindas, militan Syiah berleluasa serta eksploitasi serangan awam oleh ekstremis Islam yang akhirnya menjadi krisis pemberontakan dan Perang Mazhab antara Sunni lawan Syiah, militan ISIS lawan Kerajaan Iraq dan pelbagai bentuk tentangan lagi.
Walaupun Perdana Menteri Iraq Haider al-Abadi mengumumkan perang melawan ISIS telah berakhir, namun krisis kemanusiaan di Iraq adalah salah satu krisis kemanusian paling besar di dunia.
Ramai saudara kita yang kehilangan tempat tinggal, harta benda malah orang tersayang kesan dari 15 tahun peperangan.
Paling terkesan adalah anak kecil menjadi yatim.
Mereka bukan sahaja kehilangan tempat untuk berteduh, malah hilang tempat untuk bergantung. Anak-anak kecil memerlukan sokongan dan bantuan agar mereka mampu meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Dikongsikan 10 gambar anak yatim Iraq yang memerlukan tajaan anda.










Sumbangan yang diberikan pasti dapat membantu anak-anak kecil ini melengkapi serba sedikit keperluan mereka.
Borang online boleh di dapati di sini: http://bit.ly/JomTaja
Sekiranya anda berminat untuk menaja salah seorang anak yatim ini, boleh hubungi kami melalui talian WhatsApp dengan cara lampirkan gambar atau nama anak yatim yang ingin ditaja berserta salinan bayaran bulan pertama / bayaran tahunan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui;
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
WhatsApp: 013-7444760

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi

Merealisasikan Impian Anak Bestari Rose2Rose

Sumbangan kewangan dan sebuah komputer riba telah disampaikan oleh wakil R2R Kedah, Puan Roshadah, kepada Nourelwjoud Muahid, seorang pelajar dari Sudan yang diterima melanjutkan pengajian

Gifts of Smiles 10.0 (GoS 10.0)

Aleppo, yang dahulunya dikenali sebagai kota perdagangan dan budaya utama Syria, kini masih bergelut untuk pulih dari kehancuran akibat konflik yang berlarutan. Walaupun kemenangan di