Anak yatim adalah kanak-kanak lelaki atau pun perempuan yang kehilangan bapa kandungnya sebelum baligh, Batas seorang anak disebut yatim adalah ketika anak tersebut telah baligh dan dewasa.
Dalam al-Quran telah menyebut sebanyak 23 kali perkataan ‘yatim’ dan pengunaan perkataan yatim merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ini bermakna mereka yang berada di dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan bagi membantu kehidupan mereka agar lebih selesa dan sempurna seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu dan ayah.
Sabda Rasulullah SAW: ”Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan engkau (ingin) mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (Hadis Riwayat Thabrani).
Jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera! Borang online boleh didapati di sini:
Dengan sumbangan sebanyak RM190/bulan atau RM2,280/tahun anda boleh membiaya seorang anak yatim Palestin/Syria.
Setiap penaja akan diberikan:
• Profil anak yatim yang ditaja
• Laporan tahunan maksima 2x setahun
Pihak MyCARE juga menerima sumbangan dalam apa sahaja amaun untuk Tabung Umum Penajaan Anak Yatim. Tabung ini akan kami manfaatkan untuk membantu anak-anak yatim yang masih belum mempunyai sebarang penajaan tetap.
Sumbangan boleh dimasukkan atas nama:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592
JomPay: 6197
Reference 1: “AY umum/ Kod tajaan”
Reference 2: “No telefon”
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760 atau emel ke sponsorship@mycare.org.my
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas
8 comments
Tajaan anaknyatim ni blh dapat pengecualian cukai ke? Saya sudah menaja.tapi tak asti sama ada blh dot pengecualian cukai tak. Dan saya tak dapat update pasal anak yg sy taja .profile etc
Mohon maaf di atas kesulitan yang dialami Cik / Puan. Kami ingin meminta nama penuh dan nombor telefon Cik / Puan (tidak akan disiarkan di sini) untuk dihubungi pihak kami. Terima kasih.
Pihak MyCare dalam kenyataan mengatakan penaja akan menerima laporan tahunan maksima dua kali. Saya ada menerima profil anak-anak yatim yang ditaja namun saya tidak menerima apa-apa laporan berkenaan anak-anak tajaan saya sejak memulakan penajaan pada awal tahun 2017. Yang peliknya, majlis meraikan penaja yang bukan prioriti ada pula dianjurkan. Jika saya tidak menerima maklum balas sehingga hujung bulan ini saya akan tamatkan penajaan saya. Harap maklum.
Assalamualaikum Puan Aqilah. Perkara ini kami telah bawakan kepada Team AYP untuk maklumat lebih lanjut. Mereka sudah maklum dan akan menghubungi puan dalam masa yang terdekat ini insyaAllah.
Masih boleh ke mendaftar sebagai penaja?
Terima kasih kerana berminat menaja.
Boleh. Penajaan ini kami buka sepanjang tahun.
Nak tanya..macamana cara dapatkan tajaan UTK anak yatim bagi 2 anak saya yang masih bersekolah
Sebab semenjak ayah mereka meninggal bulan 17/3-2018
(Penyokong bola yang meninggal di stadium darul makmur Pahang) kami belum menerima sebarang bantuan
Terima kasih atas pertanyaan tersebut, namun kami memohon maaf kerana penajaan anak yatim tempatan bukan berada di bawah MyCARE. Puan boleh cuba bertanya kepada pihak JKM, ADUN setempat atau NGO-NGO yang menguruskan anak yatim Malaysia seperti PEYATIM.
Semoga dipermudahkan urusan Puan.