Pendedahan isu Timur Tengah kepada rakyat Johor

BATU PAHAT, 22 September 2017 – MyCARE telah diundang ke PLKN Sembrong dalam Majlis Forum Pemimpin Bersama Rakyat yang berkisar tentang isu Timur Tengah. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Datuk Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.
Antara tokoh yang telah diundang pada majlis forum pada kali ini ialah Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE Pusat yang juga Tokoh Maal Hijrah tahun 1436H/2014, Tan Sri Dato Musa bin Haji Hassan yang juga bekas Ketua Polis Negara yang ke-8, Prof Dr. Kamarul Nizam,dari Pusat Pengajian Antarabangsa dan Ustaz Abu Hafiz Sallehuddin, penuntut dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.





Lagi gambar-gambar di FB MyCARE Johor
MyCARE Johor telah membuka booth pada hari tersebut. Di samping mempamerkan tentang apa yang sedang berlaku di Rohingya, kami juga mengenengahkan buku tulisan Dr. Hafidzi Mohd Noor sendiri iaitu Sejarah Nusantara Jilid 2. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan buku ini yang berharga RM15 senaskah, bolehlah berhubung dengan pihak MyCARE.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini