PUTRAJAYA, 19 Januari 2018 – Sebuah persidangan antarabangsa, “First International Conference On Enhancing Education Opportunities” anjuran International Educational Scientific and Cultural Organization (IESCO) menyasarkan untuk memperbaiki kualiti pendidikan di tempat-tempat yang kurang bernasib baik dengan menyediakan program pendidikan, sains dan kebudayaan.
Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Idris Jusoh dan turut disaksikan oleh wakil-wakil dari pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa.
Dato’ Seri Idris berkata, “Kita mampu mengubah dunia dengan pendidikan. Lihat contoh yang dihasilkan oleh Cordoba, Cordoba berjaya menjadi pusat rujukan ekonomi dan budaya yang berkesan”.
Pengerusi IESCO, Prof. Dr. Mohd Azraai Bin Kassim melalui ucapannya pula berkata, “Pendidikan membawa perubahan dalam hidup kita, untuk anak-anak kita, dan keluarga kita. Kita perlu teruskan perkara ini kepada para pelajar yang tidak dapat datang ke sini, atau pihak kementerian, atau universiti-universiti menyediakan bantuan akademik secara online dan sebagainya”.
IESCO menetapkan objektif kewujudan mereka sebagai platform untuk membuka peluang pendidikan kepada pelajar yang menderita akibat kemiskinan dan kekurangan kemudahan asas.
Selain dari itu, IESCO juga berhasrat menggalakkan kajian saintifik dalam pelbagai bentuk untuk memperbaiki mutu pendidikan serta menyumbang kepada membina keupayaan kreatif dan bakat pelajar.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Persidangan ini dibantu oleh beberapa rakan kerjasama seperti International Islamic University Malaysia (IIUM), Sultan Idris Education University (UPSI), Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP), Amal Mulia (Indonesia), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Egitim-Bir-Sen (Turki).
MyCARE selaku NGO kemanusiaan menyokong usaha yang sedang dan akan dijalankan oleh IESCO ini. Sejak tahun 2010, MyCARE telah menyalurkan bantuan bagi sektor pendidikan melebihi RM1.1 juta sejak 2010 termasuk penajaan pengajian di universiti kepada 60 orang pelarian Palestin di Malaysia.
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.