Alhamdulillah, anak-anak yatim ini kelihatan gembira selepas menerima tajaan berbuka daripada anda!
Sebanyak 170 pek Iftar telah diagihkan di sekitar AlJanodiah, Idlib, Syria hasil sumbangan rakyat Malaysia di dalam kempen MyRamadan 1438H anjuran MyCARE.
Zucchini sumbat, yang merupakan makanan tradisi Syria ini dimasak sendiri oleh ibu-ibu tunggal di sasna. Sekali gus, ia menjadi salah satu sumber pendapatan tambahan mereka bagi persiapan Ramadan dan Aidilfitri.
Pek iftar ini telah diagihkan kepada anak-anak yatim di pusat komuniti dan kawasan sekitarnya.
Kami mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Ayuh terus menaja makanan mereka!
Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf Hadis Hasan Sahih
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat