Penghargaan Buat Dr. Fauziah Mohd Hasan

Women’s Global Coalition for Quds and Palestine telah memberikan penghargaan kepada Dr. Fauziah Mohd Hasan atas sumbangan beliau dalam menyuarakan isu-isu wanita dan kanak-kanak Palestin dalam program Women’s Leadership Conference to Support Palestinian Women and Children yang dianjurkan oleh Qatar Debate pada 11-12 Mei 2024.

 

Sebagai tanda penghargaan yang mendalam, sebuah pokok zaitun telah ditanam di bumi Palestin yang diberkati atas nama Dr. Fauziah, melambangkan impak yang kekal daripada kata-kata dan usaha beliau.

 

MyCARE dengan penuh rasa bangga ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Fauziah Mohd Hasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah kami, atas sumbangan beliau yang luar biasa dalam memperjuangkan hak-hak wanita dan kanak-kanak Palestin.

 

 

Dr. Fauziah bukan sahaja menjadi inspirasi kepada kita semua, tetapi juga telah mengukuhkan usaha MyCARE dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang paling memerlukan, termasuk di Palestin, Syria, Myanmar, dan Yaman.

 

Terima kasih kerana menjadi suara bagi mereka yang terpinggir dan membawa sinar harapan kepada dunia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali