Alhamdullilah. Ya Allah, syukurnya. Dalam group kami sampai ada yang nak pinjam beras.. Semua jawab tak cukup….”
Inilah antara luahan penerima apabila pihak MyCARE memaklumkan akan membuat agihan pek makanan bernilai RM100 kepada mereka.
Agihan fasa kedua MyCARE sebanyak 150 pek makanan ini telah dilaksanakan di tujuh tempat.
Agihan telah dilakukan untuk 50 penerima di Bukit Tinggi Klang, 40 penerima dari kalangan masyarakat India di Pandamaran dan Taman Seri Sentosa, 10 penerima dari kalangan orang asal di Bukit Bandaraya serta 50 penerima dari Flat Taman Medan Cahaya.
Pek makanan yang diagihkan mengandungi beras, tepung, sardin, susu pekat, garam, gula, kicap, sos cili, minyak masak, mee hoon, telur, bawang, kentang, cili kering dan ikan bilis.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Semoga usaha ini dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan oleh para penerima yang majoritinya bergaji hari, peniaga kecil-kecilan, asnaf, orang kurang upaya serta warga emas.
Teruskan menderma melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:
https://www.billplz.com/fightcovid19
Atau
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592
Reference: fightcovid19
2 comments
Hi I’m in very poor family can support and sponsor some food Things.im in KL
[edited]
Hello madam. I’ve taken your details and will inform our HQ. Do you have a phone number?
Thanks for your comment.