Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sekali lagi menyalurkan sumbangan makanan kepada pelarian di IDP di Jisr Ash-Shugur, Idlib, Syria pada 23 Disember 2020. Sumbangan ini adalah sebahagian penyaluran dari kempen Winter Relief 2020 yang masih lagi berlangsung.
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/12/wrs20b.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/12/wrs20c.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/12/wrs20d.jpg)
MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah meringankan beban saudara-saudara kita di musim sejuk ini.
Masih banyak lagi dana diperlukan bagi melengkapkan keperluan asas seperti khemah, selimut, alat pemanas, makanan dan lain-lain agar saudara-saudara kita dapat menghadapi musim sejuk yang membunuh. Selimutkan mereka, hangatkan mereka, dan berikan nutrisi terbaik untuk anak-anak kita di sana.
Salurkan sumbangan anda di http://mycare.qrd.by/winter