MyCARE diketuai oleh Penasihat Kehormat MyCARE, Dr. Hafidzi Mohd Noor bersama BOT MyCARE, Ar. Syed Muhammad Radhi Syed Sakkaf, Puan Norsham Abu Bakar serta Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi MyCARE telah menerima cek cura sebagai simbolik dana sumbangan untuk mangsa-mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria daripada Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) sebanyak RM314,703.00 dalam satu majlis pada hari ini.
Terdahulu, KLSCAH berikrar untuk mengumpul sumbangan sebanyak RM200,000 dalam satu majlis sidang media Kutipan Derma Bantuan Kemanusiaan Bencana Gempa Bumi Syria dan Turkiye pada 10 Februari 2023.
MyCARE mengucapkan jutaan terima Kasih kepada pihak KLSCAH atas inisiatif pengumpulan dana ini bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi Turkiye dan Syriak
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”
Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan
Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja