Perhimpunan aman An-Nakbah & kutukan pembunuhan rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2018 – Rakyat Malaysia sekali lagi hadir menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang dalam Great Return March hari ini di depan Kedutaan Amerika Syarikat seusai Solat Jumaat.
Perhimpunan aman ini juga sebagai satu tindakan protes rakyat Malaysia terhadap pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmakdis seperti yang diiktiraf Presiden Donald Trump sebagai ibu negara haram Israel.


Wakil Badan Aksi Sokongan Great Return March, Cikgu Azmi dan Ustaz Ahmad Awang menyerahkan memorandum bantahan terhadap keputusan Trump memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmakdis serta kezaliman rejim Zionis Israel yang rakus membunuh rakyat Palestin khasnya dalam protes Great Return March.




Turut memberi ucapan, Ar. Syed Mohd Radhi selaku BOT MyCARE menyeru umat Islam untuk bersatu membawa perjuangan Palestin tidak kira bangsa dan pandangan pilitik serta tidak putus asa walaupun ianya memakan masa sehingga puluh atau ratusan tahun.
Kami mewakili Badan Aksi Sokongan Great Return March mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun ke perhimpunan aman ini serta rakyat Malaysia yang bersolidariti melalui dunia maya.


Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Terima kasih kepada pihak-pihak NGO, sukarelawan yang bertungkus-lumus dan pihak polis yang memeberikan permit serta mengawal keselamatan para peserta.
“Birruh Biddam Nafdika Ya Aqsa”
“Dengan jiwa, Dengan darah, kami berkorban untukmu wahai al-Aqsa.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali