Perhimpunan Selamatkan Rohingya

KUALA LUMPUR, 25 Nov 2016 – Gambar-gambar Perhimpunan Selamatkan Rohingya di Masjid Tabung Haji sebentar tadi.








Pengerusi MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor turut memberikan ucapan mengenai isu Rohingya yang sedang tenat. Beliau juga mencadangkan untuk dunia menarik semula anugerah Nobel yang diberikan kepada Aung San Suu Kyi yang tidak menghentikan kekejaman terhadap Rohingya.
Pelarian-pelarian Rohingya di Malaysia turut hadir menyatakan sokongan kepada saudara-saudara mereka di sana. Suasana menjadi sedikit hiba apabila beberapa warga Rohingya tidak dapat menahan sebak mendengar saudara-saudara mereka dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi kekejaman.
Nusantara Care, agensi di bawah MyCARE telah berjaya menghantar bantuan bernilai RM200,000 ke Myanmar melalui Misi MyCARE Myanmar 1 dan 2 (MMM1 dan MMM2). Bantuan kepada etnik Rohingya yang berada di depot tahanan imigresen di Malaysia juga berjaya disampaikan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, IKRAM Health, IMARET, Bank Muamalat dan Beacon Hospital. 12 buah madrasah dan komuniti Rohingya di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur turut disantuni.
Sekali lagi, Nusantara Care melancarkan ‘TABUNG KECEMASAN ROHINGYA’ untuk menyusun bantuan kemanusiaan yang seterusnya ke Myanmar.
MyCARE menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menunjukkan solidariti dan menyumbang kepada tabung ini agar penderitaan penduduk Rohingya yang dizalimi dapat kita kurangkan.
Sumbangan kepada ‘TABUNG KECEMASAN ROHINGYA’ ini boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ ke akaun-akaun berikut:
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB ISLAMIC : 8602-135-592
Maklumat sumbangan boleh dimaklumkan melalui email – account@mycare.org.my, atau Whatsapp/Telegram – 019-655 1948.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali