Pertandingan “Give A Hand For School”

Poster Pertandingan “Give a hand for school”

Pihak MyCARE dengan kerjasama UNIT KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH dan KRS MUSLEH melancarkan pertandingan “Give a Hand for School” bermula 22 November 2019 sehingga 10 Febuari 2020. Setiap pelajar berpeluang hantar hanya SATU (1) penyertaan sahaja.

OBJEKTIF
1) Mengumpul DANA bagi sebarang kempen Pendidikan yang diuruskan oleh MyCARE bagi tahun 2020.
2) Menjadikan Pelajar yang CAKNA ISU KEMANUSIAAN.
3) MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab.
4) Dapat mengisi masa pelajar dengan AKTIVITI YANG BERMANFAAT.

SYARAT dan PERATURAN PERTANDINGAN
1) TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR di sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH dan setiap pelajar hanya dibenarkan untuk menghantar SATU BORANG SAHAJA.
2) Penyertaan harus mendapat KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA masing-masing.
3) TIDAK DIBENARKAN membuat aktiviti pengumpulan di tempat awam.
4) Penyertaan dihantar kepada GURU PENYELARAS KELAB MyCARE di sekolah masing-masing.

PENGHANTARAN PENYERTAAN
1) Borang penyertaan harus dilengkapkan sebelum dihantar kepada GURU PENYELARAS KELAB MyCARE di sekolah.
2) Pihak MyCARE akan menerima borang dan kutipan dana yang diuruskan oleh pihak sekolah sahaja.
3) Borang harus dihantar beserta wang kutipan dana dan dimasukkan ke dalam sampul surat.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Semua penyertaan harus diberikan kepada GURU PENYELARAS KELAB MyCARE di sekolah masing-masing SEBELUM 10 Febuari 2020.

PENGUMUMAN PEMENANG
1) Pemenang akan diumumkan oleh pihak penganjur pada selewat-lewatnya 9 Mac 2020 melalui penyelaras Kelab MyCARE sekolah masing-masing.
2) Penyampaian hadiah akan dilakukan pada Ulang Tahun Sambutan Ke-10 MyCARE pada 28 Mac 2020.


Muat turun borang di SINI.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.