Perutusan Aidilfitri MyCARE 1439H

https://www.facebook.com/mycarehq/videos/1233086593495079/

 
Warga MyCARE mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh Muslimin dan Muslimat terutamanya para penyumbang, sukarelawan, aktivis, rakan NGO dan rakan media di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Palestin, Syria, Jordan, negara Eropah dan lain-lain.
Kami memohon maaf atas segala kekhilafan yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan kita sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Pada tahun ini, Aqsa Syarif telah menghantar bantuan dari segi perubatan, makanan, kewangan, pendidikan dan sebagainya termasuk membantu keluarga Imam Palestin dan sukarelawan kami iaitu as-Syahid Dr Imam Fadi dan Razan Asyraf Najjar. Misi ke Gaza juga berjaya dilaksanakan beberapa hari lepas oleh Dr. Mohd Zin Kandar.
Perhimpunan aman turut dianjurkan bersama rakan NGO Palestin bagi mengangkat martabat perjuangan Palestin serta bantahan terhadap rejim Zionis Israel. Tambahan, projek Adopt a Hafiz juga mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia yang ingin menaja pelajar tahfiz di Gaza.
IKRAM for SYRIA (i4Syria) telah melakukan beberapa kempen pada tahun ini akibat serangan-serangan rejim laknat Assad dan Putin. Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat Syria yang terperangkap di dalam Syria serta pelarian Syria yang berada di pelbagai tempat.
Misi MyCARE Jordan telah dilancarkan untuk menghantar bantuan kepada pelarian Syria yang berada di Jordan. Selain itu, MyCARE bekerjsama dengan Syria Care telah menyerahkan Memorandum Bantahan Mengenai Keganasan di Timur Ghoutah kepada kedutaan-kedutaan negara yang berkaitan.
Nusantara Care telah menyampaikan bantuan kepada komuniti Muslim di Myanmar, menyelamatkan tanah Madrasah Bulacan daripada dijual, menghulurkan bantuan Pek Makanan serta tajaan Iftar di pelbagai tempat. Komuniti Rohingya di Malaysia termasuk madrasah-madrasah dan di depoh-depoh tahanan juga disantuni seperti menyediakn saringan kesihatan percuma dengan kerjasama badan korporat dan hospital.
Rose2Rose telah menubuhkan Pusat Komuniti Wanita dan Kanak-Kanak di kem pelarian Kutupalong, Cox’s Bazaar yang memanfaatkan 3000 wanita Rohingya serta pelbagai lagi bantuan dalam misi Gifts of Smiles 5.
Salam Iraq yang fokus pada negara Iraq turut menghantar bantuan kepada pelarian-pelarian yang berada di negara Iraq di dalam Projek Ramadan yang sedang berlangsung.Dalam pada masa yang sama, anak-aak yatim Iraq juga turut ditaja oleh rakyat Malaysia yang prihatin.
Palestine Centre of Excellence (PACE) telah mengeluarkan artikel-artikel serta tarikh bersejarah bagi pemahaman rakyat Malaysia mengenai situasi di Palestin.
MyCARE 中文版 turut menyantuni sahabat-sahabat kita yang memerlukan melalui pelbagai program yang diadakan seperti Rohingya Food Festival, shopping raya dan forum yang difokuskan kepada masyarakat berbangsa Cina.
MyKorban bakal melancarkan pakej terbaru korban dan aqiqah untuk tahun 2018/1439H. Yang pasti, ibadah korban ini akan dilaksanakan di kawasan yang sangat memerlukan.
MyCARE yang menaungi kesemua agensi di atas turut menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik seperti gelendangan, fakir miskin, masyarakat asli, anak yatim, ibu tunggal dan pelbagai lagi.
Bantuan ke negara yang bergolak seperti Yaman dan negara yang mengalami bencana kemarau seperti Somalia juga disantuni. Setiap tahun, MyCARE akan melaksanakan Bulan Anak Yatim bagi menyantuni anak-anak ini secara khusunya.
MyCARE juga terlibat aktif dalam gerakan boikot Boycott Divestment & Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) dengan mengadakan program-program berkaitan.
Terkini, wakil MyCARE berada dalam misi Just Future for Palestine dengan kerjasama NGO antarabangsa, Freedom Flotilla Coalition yang akan berlayar ke Gaza.
Kami doakan semua rakyat Malaysia sentiasa dibawah naungan rahmat Allah, dikurniakan Lailatul Qadar pada Ramadan yang lalu dan mendapat keberkatan di bulan Syawal ini.
Bersama-sama kita istiqamah membantu saudara-saudara kita tidak kira di mana mereka berada atas dasar kemanusiaan.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin tulus ikhlas dari kami warga Humanitarian Care Malaysia, MyCARE.

2 comments

  1. Sya perlukan bantuan kewa Gan Kerna ingin mencari rumah sewa skrg Sya menumpang di rumah Kwan danpunyai ank 5 dan cucu 1 harap dapat membantu sya.jln Siantan 2 gombok batu caves

    1. Terima kasih kerana mengunjungi laman web MyCARE. Untuk permohonan di atas, kami syorkan supaya Puan bertanya di pusat zakat berhampiran atau di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semoga urusan Puan dipermudahkan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit