Perutusan Ramadan 1441H

Ramadan Kareem diucapkan kepada seluruh umat Islam. MyCARE mengambil peluang ini untuk bersama seluruh umat Islam mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kurnia Allah mengizinkan kita mengecap kedatangan Ramadan tahun 1441H.

MyCARE mendoakan seluruh umat Islam diberikan kekuatan untuk terus merebut peluang untuk beramal di bulan Ramadan ini dan meraih pahala serta keampunan dari Allah SWT.

MyCARE juga mengajak umat Islam supaya terus meningkatkan sedekah dan infak demi menghayati salah satu dari tujuan berpuasa iaitu untuk turut menghayati kesusahan dan kelaparan yang diuji ke atas sebahagian umat manusia.

MyCARE mengajak seluruh umat Islam supaya memupuk kasih sayang tanpa mengenal batas sempadan demi memupuk ukhuwah Islamiah dan insaniah yang sejagat.

MyCARE mendoakan keselamatan dan kesabaran bagi seluruh umat Islam dan insan sejagat yang berhadapan dengan konflik peperangan dan krisis kemanusiaan di Palestin, Syria, Yemen, Iraq, Arakan, Uighur, Kashmir dan serata dunia.

MyCARE turut mendoakan warga dunia yang diuji dengan wabak COVID-19 dan mendoakan kesihatan dan keselamatan semua pihak yang sedang berjuang di barisan hadapan dan segenap penjuru bagi memberikan perlindungan dan rawatan yang terbaik kepada semua warga.

MyCARE menghargai sumbangan semua pihak yang menyumbang peralatan PPE dan juga bekalan makanan di sepanjang PKP yang sedang berlangsung.

Sebagai penutup, MyCARE mendoakan seluruh umat Islam mencapai darjat takwa yang didambakan sebagai matlamat utama melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan

Ucapan Ramadan Kareem dari seluruh barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengerusi Negeri dan Kawasan, jentera pentadbiran ibu pejabat MyCARE, barisan aktivis dan semua yang terlibat memberikan sokongan menjayakan aktiviti menyantuni masyarakat di segenap tempat.

Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi

Ahli Lembaga Pemegang Amanah
MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

Sumbangan untuk mangsa banjir Johor

Sejumlah 44 buah set toto telah diserahkan kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru untuk diagihkan kepada murid-murid dari SK Kangkar Tebrau yang terkesan