21 November, Sabtu – MyCARE sekali lagi bersama beberapa sukarelawan telah menyantuni anak – anak yatim Rohingya Madrasah Aram bertempat di Taman Tasik Ampang Hilir, Selangor sempena Bulan Anak Yatim sepanjang bulan November ini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah sarapan pagi, permainan sukaneka (tiub belon, puzzle & cari gula – gula dalam tepung) dan bergambar bersama maskot Mickey Mouse. Terima kasih pada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini.
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”.
(Q.S. Al Baqarah, 2:215)
Boleh layari Facebook Nusantara Care untuk melihat lebih gambar-gambar sepanjang aktiviti.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat