Dilaporkan oleh Norlela Hussin
02 Dec 2015 | 20 Safar 1437H
28 November 2015 yang lalu merupakan minggu terakhir program Picnic bersama Anak-anak Yatim Rohingya yang bertempat di Taman Tasik Cempak, Bandar Baru Bangi. Pelbagai aktiviti berjaya dijalankan antaranya adalah sarapan pagi, sukaneka ( permainan pijak belon, jigsaw puzzle, bola beracun, kutip belon pecah, isi air dalam botol, dan kumpul kacang menggunakan chopstik), peyampaian hadiah dan juga bergambar bersama maskot bear. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua sukarelawan dan aktivis yang turut serta memberikan kerjasama bagi memastikan aturcara program berjalan dengan lancar.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Tamek Malaysia dan Nas Impian Cafe sebagai penaja kami, serta hamba Allah yang menginfakkan makanan, minuman dan belanja pengangkutan. Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran di atas niat murni semua yang terlibat secara lansung atau tidak bagi menjayakan picnic bersama Anak-Anak Yatim Rohingya.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan (sambil berkata); Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredaan Allah, kami tidak mengharap sebarang balasan dan ucapan terima kasih daripada kamu. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari (ketika) orang yang bersalah berwajah masam penuh kesulitan. Maka Allah memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan. Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dengan meninggalkan laranganya) dengan syurga dan (pakaian daripada) sutera.” [Al-Insan : 8-12]