Program ExploreTrip with Asnaf

Tajaan RM50 diperlukan untuk seorang asnaf.

Kami akan membawa anak-anak asnaf bagi program lawatan sambil belajar di mana ianya merupakan antara aktiviti di bawah projek pembangunan sukarelawan (MyPrihatin).

Tercetusnya idea bagi program ini adalah setelah aktiviti sukarelawan ziarah MyPrihatin ke rumah-rumah asnaf berupa ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga B40 yang di mana anak-anak dari keluarga ini tidak berpeluang untuk meneroka dunia luar sekaligus merasai pengalaman belajar yang menyeronokkan dan mendalam tentang pengetahuan sains dan teknologi.

Program ini akan berlangsung pada tarikh dan tempat berikut :
25 Ogos 2024 (Ahad)
Petrosains Discovery Centre

Tajaan RM50 seorang diperlukan untuk harga tiket masuk, makanan dan juga pengangkutan bas ke tempat lawatan.

Salurkan sumbangan anda ke:
https://mycare.qrd.by/volunteerfund

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602 13 5592
Rujukan sumbangan: ExploreTripAsnaf

Hantarkan bukti pembayaran ke :
account@mycare.org.my / 018-383 2458 (WhatsApp)

Jom bersama kami rebut peluang menceriakan kanak-kanak asnaf yang kurang bernasib baik ini dengan menaja RM50 untuk seorang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali