Program Meet & Greet Penajaan Anak Yatim MyCARE (2.0)

Sempena World Orphan Day pada bulan ini, MyCARE akan melaksanakan Program Meet & Greet 2.0 ini sebagai penghargaan kepada penaja dan penyumbang yang sentiasa menyokong projek ini. Ia juga merupakan lanjutan dari sambutan hangat yang diberikan untuk “Meet & Greet 1.0” yang telah berlangsung sepanjang Mac-April yang lalu.

Program ini diteruskan lagi untuk memberi ruang kepada para penaja untuk berinteraksi secara maya dengan anak yatim yang ditaja. Kami juga berharap peluang ini dapat mengukuhkan ukhuwwah dan memantapkan kasih sayang antara para penaja dan anak yatim tajaan masing-masing di platform ZOOM.

Pasukan penajaan telah dan akan menghubungi para penaja dan anak-anak yatim untuk menyertai setiap sesi yang telah diatur. Hanya penaja yang mengisi borang permohonan sahaja boleh menyertai program ini.

Manakala bakal penaja juga boleh menyertai program ini dengan menyampaikan hasrat tuan/puan kepada kami melalui talian +6013-744 4760 – (Pn. Raimi / Cik Sofia)

Jom “Meet & Greet bersama MyCARE. Biar Jauh Di Mata Namun Tetap Di Hati.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk