Program Qurban Kasih Ummah – Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim, Ampang

dilaporkan oleh Usamah Md Idros
24 September 2015 | 10 Zulhijjah 1436H

 
Program Ibadah Korban di Surau Taman Seraya, Ampang telah dijalankan pada 24 September 2015 dengan jumlah 20 ekor lembu sebagai korban dan dihadiri lebih 40 orang komuniti Rohingya di sana. Pihak MyCARE telah menaja 2 ekor daripadanya hasil penyertaan rakyat Malaysia dan diberi kepada Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim yang dikendalikan oleh En. Ghani.
Lembu-lembu tersebut dikorbankan secara berkumpulan. Dalam 30 minit pertama, hampir separuh jumlah lembu di padang telah disembelih. Program dijalankan dengan rapi dengan kerjasama pasukan RELA yang terdiri daripada penduduk sekitar yang berbangsa Cina dan diketuai oleh AJK kariah Surau Seraya.
Penduduk sekitar berkerjasama bagi memastikan kebersihan persekitaran terjaga supaya kawasan perumahan tidak dicemari dengan darah dan bau yang tidak menyenangkan.
Seusai itu, sesi melapah dibuat di Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim untuk memudahkan kerja-kerja pengagihan.
Pada pukul 2.30 petang, semua daging telah siap dilapah dan dipotong kecil bagi memudahkan pembungkusan pek agihan. En. Ghani menghidangkan makanan tengahari kepada semua petugas dan pelajar yang terlibat sebelum membuat sesi pengagihan daging korban.
Sesi pengagihan daging korban bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada jam 3.30 petang dengan jayanya. Program berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda kesyukuran dan kenangan.
Pengakhiran ini, pihak MyCARE mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta-peserta QKU kali ini.
Semoga Allah memberkati dan menanamkan keimanan yang tebal kepada peserta-peserta Program Qurban Kasih Ummah 1436H.

IMG_0021 MVI_0034.MOV_snapshot_01.16_[2015.09.29_09.32.43] IMG_0121 IMG_0123  IMG_0129 IMG_0137 IMG_0138 IMG_0149 IMG_0173 IMG_0228IMG_0256 IMG_0279
IMG_0134 IMG_0191 IMG_0251

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember