MyCARE sekali lagi dengan kerjasama dari Beacon International Specialist Centre bersama tenaga perubatan dari IKRAM Health Malaysia telah mengadakan program Saringan Kesihatan di Madrasah Muinulislam, Bukit Raja, Selangor.
Program ini telah melibatkan sukarelawan yang terdiri dari doktor, jururawat dan ahli farmasi. Saringan Kesihatan ini telah berjaya dijalankan ke atas kanak-kanak yang belajar di sekolah tersebut. Turut mengikuti saringan kesihatan tersebut ibu bapa dan juga tenaga pengajar serta komuniti Rohingya berdekatan.
Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Tarikh: 31 Mac 2018 [Sabtu]
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Madrasah Muinulislam, Bukit Raja (dekat Pasar Besar Klang)
Kerjasama: Beacon Hospital & IKRAM Health
Jumlah petugas (22 orang) :
1. MyCARE – 2 orang
2. Sukarelawan IKRAM Health – 1 pegawai perubatan, 1 pegawai kesihatan, 9 pelajar perubatan
3. Beacon Hospital – 1 pegawai perubatan, 3 ahli farmasi & 3 jururawat & 2 staf/sukarelawan
Jumlah pesakit (161 orang) :
1. 111 pelajar/kanak-kanak/bayi
2. 50 dewasa
*Nota :
– Penyakit yang biasa di kalangan komuniti Rohingya adalah kecacingan, kudis/penyakit kulit, batuk, cirit-birit, demam dan muntah
Jutaan terima kasih kepada Beacon International Specialist Centre, IKRAMHealth, para sukarelawan dan pegawai perubatan yang telah menjayakan program ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand
Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada