MyCARE sekali lagi bekerjasama dengan pihak Beacon International Specialist Centre dan IKRAM Health Malaysia dalam memberikan perkhidmatan rawatan percuma kepada pelarian Rohingya di Malaysia.
Program saringan kesihatan ini dilakukan di Depot Imigresen Bukit Jalil melibatkan 35 orang sukarelawan dari aktivis MyCARE, Beacon Hospital dan IKRAM Health.
Lagi gambar-gambar di FB Nusantara Care
Seramai 146 tahanan Rohingya menjalani saringan kesihatan oleh pengamal perubatan dari Beacon Hospital dan IKRAM Health serta dibantu sukarelawan MyCARE.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Bukit Jalil, Beacon International Specialist Centre, IKRAM Health, aktivis MyCARE dan yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
Program saringan kesihatan ini adalah yang terakhir buat tahun 2017.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat