Program sokongan untuk wanita Gaza

Dalam usaha menyokong dan membantu para wanita di Gaza, MyCARE telah melaksanakan pelbagai program psikososial melalui agensinya Rose2Rose. Program ini membantu golongan wanita secara umum dengan pelbagai status sosial sama ada balu, berkahwin atau bercerai yang terkesan dalam serangan ke atas Gaza baru-baru ini oleh rejim Zionis lsrael.

Program ini diadakan selama 3 hari di sebuah restoran yang terletak di pantai Gaza. Pelbagai aktiviti dianjurkan secara fizikal dan mental bagi memastikan tahap mental mereka berada dalam keadaan yang baik. Para peserta sangat bersyukur dan memohon agar program seperti ini dapat diteruskan kerana ia sangat membantu mereka dalam kehidupan yang sukar di Gaza.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah mengembalikan senyuman kepada para ibu dan wanita di sana.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada